Isteri AC Mizal Tampil Pertahan Suami Mengenai Kontroversi Konsert 4U2C | Trending – Oh! Media

Isteri AC Mizal Tampil Pertahan Suami Mengenai Kontroversi Konsert 4U2C | Trending – Oh! Media

Trending

Isteri AC Mizal pertahan suami dalam kontroversi konsert 4U2C, sambil tegaskan 30 tahun nak comeback pun masih jadi isu.


Isteri kepada penyanyi dan pengacara terkenal Datuk AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida tampil memberi kata-kata semangat kepada suaminya yang kini berdepan kontroversi menjelang konsert We 4U2C Live In Concert.

Menerusi Instagram, Emylia berkongsi betapa sukarnya usaha yang dilalui oleh AC Mizal bersama ahli kumpulan 4U2C demi menjayakan konsert tersebut.

Orang luar tidak tahu, hanya kami sahaja yang tahu macam mana payahnya untuk buat konsert ini. Apa yang susah sangat sampai jadi isu. 30 tahun 4U2C nak buat ‘comeback’ pun jadi isu.

“Kami sentiasa di belakang awak” – Isteri AC Mizal

Isteri Ac Mizal

Bukan tu jer, Emylia turut menyatakan bahawa beliau dan anak-anak akan terus menyokong perjuangan suaminya tanpa berbelah bahagi.

Saya sentiasa ada dengan awak, saya tahu macam mana beratnya perasaan itu. Saya dan anak-anak di belakang awak.

Kontroversi panas: isu lagu dan hak cipta

Ohmedia ac Mizal 2

Konsert 4U2C yang dijadualkan berlangsung pada September depan mula menjadi bualan hangat selepas komposer Man Senoi menyuarakan hasrat untuk mengambil tindakan sekiranya lagu-lagunya dinyanyikan tanpa kebenaran.

Sebagai respon, satu sidang media tergempar telah diadakan pada Rabu oleh kumpulan 4U2C yang menuntut permohonan maaf daripada mana-mana pihak yang telah mengeluarkan kenyataan tidak berasas dalam tempoh 24 jam.

Mereka juga menegaskan bahawa konsert tersebut akan diteruskan tanpa perlu mendapatkan sebarang kebenaran berkaitan hak cipta lagu.

Pssttt! Tak mudah bangkit selepas 30 tahun. Hormati perjuangan seni orang lama dan biar undang-undang tentukan soal hak, bukan kecaman semata.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top