Di sebalik kecaman orang ramai, peminat Syamsul Yusof melihat dari sudut positif selepas pengarah popular itu mengesahkan sudah berkahwin dua dengan wanita pilihannya, Ira Kazar.
Menerusi aplikasi TikTok, akaun peminat bernama @syamsulyusoff5 berkongsi sebuah video berbentuk gambar dengan kapsyen seolah-olah menjelaskan ‘sebab’ pengarah berusia 38 tahun itu berkahwin lagi.
@syamsulyusoff5 Takdir Allah 🫰🏻 #syamsulyusof #fyp #fypシ #foryou #foryoupage #masukberanda #masukfyp #masukberandafyp #berandatiktok #berandafyp #berandafypシ
“Kenapa perlu kahwin satu lagi sedangkan isteri cantik? Jodoh, rezeki, ajal dan maut, itu semua rahsia Allah,” tulis peminat tersebut.
Video berdurasi 19 saat tersebut dihasilkan semalam selepas Syamsul bertubi-tubi menerima kecaman netizen berhubung pengakuan sudah bernikah dengan anak kepada pelakon veteran Kazar Saidi itu.
Meninjau di ruangan komen, warganet meninggalkan pelbagai reaksi mengenai kemelut rumah tangga yang dihadapi pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.
Segelintir individu mendoakan Syamsul mendapat kebahagiaan bersama dua isteri, tidak kurang ada juga yang bertindak memberi sindiran dan sebagainya.






Terdahulu, Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof berkongsi berita gembira berkenaan menerusi satu video di laman Instagram pada Jumaat petang.
“Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara.
“Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan,” katanya.
Sumber: TikTok @syamsulyusoff5 (peminat)




