Isteri kepada penyanyi, Aiman Tino, Che Syarah Haifa tidak dapat menawan amarahnya apabila meluahkan rasa kesal terhadap peminat suaminya yang didakwa tidak beradab.
Menerusi ciapan di platform Threads, Syarah mendakwa peminat suaminya itu tiba-tiba datang ke meja mereka dan terus menegur tanpa memberi salam.
Lebih mengejutkan, Syarah berkata peminat suamianya itu seolah-olah tidak menghiraukan dirinya sebagai isteri Aiman.
“Ya Allah, budak-budak zaman sekarang sangat kurang ajar. Saya tahu awak peminat suami saya, tapi memang tak ada adab langsung.
“Boleh datang dekat tepi meja sebelah suami saya terus cakap ‘ingat lagi tak?’ tanpa bagi salam atau cakap hi, siap mendada lagi? Dia buta ke aku dekat sebelah ni?,” luahnya berang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut terhadap situasi berkenaan, sekali gus bersetuju mengatakan remaja budak-budak sekarang tidak beradab.




