Apa yang beraku ketika ini sudah pasti memberi kesan kepada mereka. Macam apa yang dikongsikan pelakon Eira Syazira, suaminya Azad Jasmin lebih banyak mendiamkan diri sejak kontroversi tercetus.
Apa yang berlaku turut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat mengenai keadaan Pak Azad selepas menerima pelbagai reaksi dari masyarakat.
“Jangan risau, Pak Azad baik-baik sahaja.” – Eira Syazira.

Eira Syazira, tampil memberikan perkembangan terkini mengenai suaminya itu. Menurut Eira, Azad berada dalam keadaan baik dan meminta orang ramai tidak terlalu risau.
Tambahnya, dia percaya suaminya merupakan insan terpilih yang diuji dengan perkara sebegini, terutama dalam bulan Ramadan.
Saya minta dia sabar, tenang dan responsnya hanya diam. Jangan lama-lama berduka lara sebab Allah ada.
Tak mengapa, lagi orang caci maki dan hina, lebih banyak barakah yang dapat pada bulan Ramadan ini.- Katanya lagi.
Anak-anak turut terpalit…

Dalam pada itu, Eira turut mengakui dia dan anak-anak tidak terlepas daripada terkena tempias kontroversi yang sedang melanda Azad.
Namun, dia tetap tenang kerana yakin mereka berada di pihak yang benar serta percaya bahawa Allah SWT sentiasa bersama mereka.
Saya dan anak-anak juga terpalit sama, agama kami dihina tapi saya membalas dengan emoji hati. Saya tak marah mereka sebab saya tak bersalah.
Hanya senyum dan ucap Alhamdulillah semuanya tenang sahaja.- Jelasnya.
Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai, termasuk netizen berbangsa India yang menyatakan bahawa mereka menerima permohonan maaf yang telah dibuat oleh Azad serta dua lagi penyampai radio yang terlibat.
#ApaKataOhmedia
Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan, tetapi yang penting adalah bagaimana kita memperbaiki keadaan selepas itu.
Permohonan maaf adalah satu langkah yang baik. Hormat-menghormati antara kaum dan agama sangat penting dalam menjaga keharmonian negara kita.
