Isteri Di Sabah, Suami Di Melaka… Zizi Kirana, Yusuf Bahrin Raya Berasingan, Undang Spekulasi Netizen

Isteri Di Sabah, Suami Di Melaka… Zizi Kirana, Yusuf Bahrin Raya Berasingan, Undang Spekulasi Netizen

Pasangan selebriti, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin menjadi perhatian ramai apabila dipercayai menyambut Hari Raya Aidilfitri secara berasingan, sekali gus menimbulkan pelbagai andaian dalam kalangan peminat.

Perhatian itu mula tercetus selepas masing-masing memuat naik foto sambutan 1 Syawal di media sosial tanpa kelibat pasangan di sisi.

Yusuf, atau nama penuhnya Mohd Yusuf Bahrin, dilihat berkongsi gambar bersama ahli keluarga ketika meraikan Aidilfitri di Melaka.

Hantaran tersebut turut disertakan dengan kapsyen ringkas yang membawa maksud sambutan raya diraikan dalam suasana yang damai, sekali gus membuatkan pengikut tertanya-tanya tentang kehadiran isterinya.

Pada masa sama, Zizi turut berkongsi foto dirinya bersendirian tanpa Yusuf dalam perkongsian yang dimuat naik. Difahamkan, penyanyi lagu Eh itu meraikan Syawal di Sabag.

Perkongsian berasingan itu pantas mencuri perhatian ramai, lebih-lebih lagi kerana sebelum ini pasangan tersebut sering tampil bersama dalam pelbagai acara dan juga hantaran di media sosial.

Keadaan itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat yang mula membuat pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka.

Setakat ini, kedua-duanya masih belum memberikan sebarang penjelasan berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun, tinjauan di ruangan komen mendapati kebanyakan pengikut memilih untuk bersikap positif dengan menitipkan ucapan Aidilfitri serta doa agar rumah tangga pasangan itu sentiasa berada dalam keadaan baik.

Zizi mendirikan rumah tangga dengan Yusuf pada 19 September 2021 dan belum dikurniakan cahaya mata.

Scroll to Top