Isteri Faisal Halim Luah Rasa Selepas Rumah Tangga Runtuh Lagi

Isteri Faisal Halim Luah Rasa Selepas Rumah Tangga Runtuh Lagi

Oh! Artis

Isteri Faisal Halim kongsi perasaan selepas perceraian, akui bukan keputusan mudah.


Kisah rumah tangga bintang bola sepak negara, Faisal Halim, kembali jadi perhatian bila isterinya tampil meluahkan rasa hati yang berat di media sosial.

Dalam posting tu, dia kongsi bagaimana dia sudah cuba bertahan sebaik mungkin, tapi akhirnya terpaksa akur dengan ketentuan.

Dia kata, semua tindakan yang dibuat hari ini adalah berdasarkan apa yang telah dia lalui sendiri. Malah, dia mengakui sudah banyak berkorban untuk keluarga dari susah sampai berjaya, dari tidak dikenali sampai jadi pujaan, dan dari sakit sehingga kembali sihat.

Saya telah berkorban seluruh jiwa saya untuk keluarga saya, dari susah sehingga berjaya, dari tidak dikenali kepada seorang yang dipuja, dari sakit sehingga sihat dan kembali ke tahap terbaik. Bukan mudah untuk saya.- Luahnya.

Isteri Faisal Halim dedah ini bukan kali pertama…

Lebih menyentuh hati bila dia mengakui ini bukan kali pertama rumah tangganya berakhir dengan perceraian.

Katanya, sebelum ini pun dia pernah diceraikan, tapi tetap cuba mempertahankan hubungan tersebut. Namun, terlalu banyak campur tangan dan onak duri dalam kehidupannya membuatkan segalanya sukar.

Tambahnya lagi, keputusan yang dibuat kali ini bukan sesuatu yang mudah. Dia dah cuba sedaya upaya, tapi mungkin ini jalan terbaik buat semua pihak. Malah, dia akui berat hati bila akhirnya dipulangkan semula kepada ibunya.

Ibu saya disuruh untuk mengambil saya, saya telah dipulangkan kepada ibu saya. Walaupun berat hati, saya ikutkan kehendak dia.- Katanya lagi.

 0144

Pssttt! Ohmedia rasa kisah isteri Faisal Halim ni memang boleh jadi pengajaran buat korang semua. Dalam rumah tangga, kita boleh cuba pertahankan sehabis baik, tapi kalau dah bukan rezeki, terpaksa lepaskan juga. Ingatlah, kebahagiaan diri sendiri pun sama penting. Jangan pernah lupa jaga hati dan teruskan cari sinar baru dalam hidup.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top