Sejak semalam, isu pasangan influencer yang terkenal dengan saluran Duriankimchi iaitu Ryzal Ibrahim dan Maryamyurnrr teruk dikecam netizen susulan daripada keterlanjuran mengeluarkan kenyataan bersifat hinaan kepada pakaian tradisional masyarakat Iban.
Susulan daripada itu, pihak bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Kaum Dayak telah membuat laporan polis terhadap pasangan ini kerana berasa kesal diatas gurauan keterlaluan Ryzal apabila menyamakan pakaian tradisi Iban seperti kain buruk dan alas TV.
Namun, menerusi Instagram, Ryzal dan Maryam sudahpun memohon maaf diatas kata-kata yang dikeluarkan sehingga menyentuh hati banyak pihak.
Walau bagaimanapun, dia dan isteri masih lagi menerima pelbagai kecaman sehingga melibatkan anak yang dalam kandungan Maryam.
Sehubungan itu, Ryzal sekali lagi memuat naik permohonan maaf dengan berharap hal ini akan selesai dan akan membuat permohonan maaf secara langsung kepada Persatuan Anak Borneo Semenanjung pada waktu dan tarikh yang akan diberitahu kelak.
Sehubungan dengan itu, dia merayu kepada warganet supaya tidak melibatkan sama sekali anak dalam kandungan isterinya yang tidak bersalah. Janganlah ada mana-mana pihak yang membuat fitnah kepadanya kerana anaknya masih lagi belum melihat dunia kerana Maryam masih lagi hamil 5 bulan.
Ryzal juga memaklumkan dia memaafkan semua pihak yang telah mengeluarkan kata-kata kurang baik kepada bakal anaknya kerana sedar akan kemarahan mereka terhadap tindakan yang dilakukan.

Pasangan Malaysia-Korea yang popular dengan saluran Duriankimchi ini telah mendapat perhatian media sejak beberapa minggu lalu susula menyentuh isu peguam ketika mengulas kontroversi selebriti terkenal, Neelofa semasa menghadiri mahkamah.
Tidak lama selepas itu, video Ryzal Ibrahim bergurau dengan isterinya yang sedang bersiap memakai pakaian tradisional Iban dengan menyamakan dengan kain buruk benar-benar mencetuskan kemarahan banyak pihak termasuklah golongan artis anak kelahiran Sarawak.
So mamat melayu yang kawin dengan minah korea tu have the audacity hina pakaian tradisi org iban
Ni dh bukan cultural appropriation ni dah menghina.Golongan ni yang still fikir org sarawak duduk atas pokok, pakai cawat and held back..Fuck you @ryzalibrahim pic.twitter.com/GmmNX2RXoh— fabianrossi (@fabian_rossi21) May 26, 2021
Masing-masing merasakan tindakan Ryzal begitu keterlaluan kerana langsung tidak menghormati adat dan budaya masyarakat Sarawak apabila mengeluarkan kata hinaan kepada tradisi kaum mereka.
Sumber: Ryzal Ibrahim




