Isteri, kekasih bunuh suami guna racun rumpai

Isteri, kekasih bunuh suami guna racun rumpai
Tiga individu termasuk isteri mangsa ditahan di Karimnagar. Sumber gambar The Siasat Daily

Tiga individu termasuk isteri mangsa ditahan di Karimnagar. Sumber gambar The Siasat Daily

HYDERABAD – Tiga individu terdiri daripada seorang wanita dan dua lelaki telah ditahan polis di Karimnagar pada Selasa, kerana disyaki merancang serta membunuh seorang lelaki bernama Sampath.

Menurut laporan tempatan, mangsa bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah perpustakaan dan dilaporkan sering memukul isterinya selepas minum arak.

Isterinya, dikenali sebagai Rama, dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki bernama Rajaiah.

Oleh kerana tidak tahan dengan penderaan suaminya, dia berpakat untuk membunuh mangsa dengan bantuan Rajaiah.

Pada 29 Julai, Rajaiah bersama seorang rakan bernama Srinivas telah memanggil Sampath untuk minum di landasan kereta api Bommakkal dan selepas mangsa berada dalam keadaan mabuk, kedua-dua suspek menuang racun rumpai ke dalam telinganya sehingga menyebabkan kematian.

Selepas itu, Rama berpura-pura mencari suaminya dan turut membuat laporan di balai polis.

Bagaimanapun, anak lelaki Sampath, Bharath, berasa curiga dengan kematian bapanya lalu memaklumkan kepada pihak polis yang kemudiannya memulakan siasatan.

Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga suspek mengaku melakukan jenayah tersebut.

Polis telah menahan semua suspek dan merampas tiga telefon bimbit, botol arak kosong serta sebotol racun rumpai.

 

 

Scroll to Top