Isteri lega diceraikan, suami kantoi ‘lalok’ & curang dengan gadis 16 tahun

Isteri lega diceraikan, suami kantoi ‘lalok’ & curang dengan gadis 16 tahun

Berlaku curang terhadap pasangan merupakan satu pilihan. Sememangnya tindakan itu sangat tidak patut  dan boleh dikira menganiya pasangan yang dicurangi.

Hal ini samalah seperti perkongsian yang diperoleh dari laman TikTok @malaysianupdatenews apabila memuat naik video seorang lelaki kantoi sedang berduaan dengan seorang gadis bawah umur oleh isterinya.

Lebih menyakitkan hati, mereka dipercayai sedang menghisap barang terlarang di dalam sebuah rumah. Video tersebut dirakam secara sembunyi dan lelaki berkenaan menceraikan wanita itu ketika dirinya telah terbukti berlaku curang.

@malaysianupdatenews

Kes curang katanya..sabarlah…sakit tu hanya Allah sahaja tahu..#malaysianupdate #viralvideo 📽 Tiqahmell

♬ original sound – Malaysian Update – Malaysian Update

Perkara tersebut dijelaskan sendiri oleh wanita yang diceraikan itu di ruangan komen apabila mengakui berasa lega walaupun telah ‘dibuang’ serta merta.

Mana tidaknya, suami yang diharap dapat melindungi keluarga rupanya bermain kayu tiga dengan perempuan berusia 16 tahun dan dalam pada masa sama menggunakan barang terlarang.

Perkara itu dijawab oleh wanita tersebut susulan ramai yang memintanya ‘angkat kaki’ dari terus hidup dengan lelaki sebegitu yang pastinya boleh merosakan lagi hubungan mereka.

Dalam pada itu, wanita yang dikenali sebagai Hasima Hidayu tersebut juga memaklumkan yang sudah tidak ada air mata untuk dia tangisi kerana lebih memikirkan anak yang bakal menjalani pembedahan tidak lama lagi.

Sumber: TikTok @malaysianupdatenews

Scroll to Top