Isteri Messi 'ajar' model penyondol sering hantar foto seksi

Isteri Messi 'ajar' model penyondol sering hantar foto seksi

Miami: Isteri Lionel Messi didakwa menghalang model, Suzy Cortez daripada menonton perlawanan akhir Piala MLS, baru-baru ini.

Bintang Argentina berusia 38 tahun itu mengetuai Inter Miami meraih kemenangan 3-1 ke atas Vancouver Whitecaps.

Namun, Suzy yang sejak beberapa tahun lalu sering menghantar gambar seksi kepada Messi mendakwa Antonela Roccuzzo telah menyekatnya daripada menonton aksi idolanya itu ketika Messi menambah koleksi trofi peribadi.

Peminat tegar Messi itu turut mendakwa insiden berkenaan menyebabkan beliau dimalukan secara terbuka.

Bercakap kepada media, Suzy berkata: “Saya berasa sangat terhina. Tiada siapa sepatutnya dihalang daripada menghadiri acara sukan awam hanya kerana isu peribadi atau pertikaian di media sosial.”

Sensasi internet kelahiran Brazil itu mendakwa beliau dihalang daripada memasuki Stadium Chase selepas permintaan dibuat oleh Antonela kepada pihak pengurusan Inter Miami.

Suzy turut mendakwa beliau telah disekat daripada semua akaun media sosial milik keluarga Messi.

Setakat ini, pemenang Piala Dunia itu bersama Antonela dan Inter Miami belum memberikan sebarang maklum balas terhadap dakwaan tersebut.

Suzy juga tidak menolak kemungkinan untuk bersemuka dengan isteri Messi atau membangkitkan isu berkenaan secara terbuka sekiranya berpeluang ketika Piala Dunia 2026.

Pemenang Miss BumBum 2015 itu kini menuntut penjelasan menjelang kejohanan yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Suzy mengikuti rapat perjalanan karier Messi sejak bersama Barcelona dan Paris Saint-Germain.

Bekas model Playboy itu turut mempunyai beberapa tatu termasuk di bahagian sensitif sebagai penghormatan kepada pemenang Ballon d’Or lapan kali berkenaan.

Antara tatu tersebut termasuk gambar, nama, tandatangan Messi serta nombor 10 bersama bintang yang melambangkan tiga kejuaraan Piala Dunia Argentina.

Pada 2023, Suzy pernah merakam video dirinya membuat tatu berkaitan Messi di bahagian punggung.

Messi berkahwin dengan Antonela sejak Jun 2017 dan pasangan itu dikurniakan tiga orang anak lelaki.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top