Isteri Nabil Ahmad, Zira Ayub Muat Naik Video Terbaru Tidak Bertudung Undang Perhatian Ramai | Oh! Media

Isteri Nabil Ahmad, Zira Ayub Muat Naik Video Terbaru Tidak Bertudung Undang Perhatian Ramai | Oh! Media

Isteri kepada pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub sudah tanggalkan tudung. Biar betul?

Menerusi Instagram Story, Zira dilihat memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya tidak memakai tudung telah mengundang perhatian ramai.

Zira Ayub hanya pakai topi

Kalau korang tengok hantaran itu, nampaklah yang isteri Nabil itu hanya memakai topi berwarna hitam yang menampakkan rambutnya yang panjang berwarna perang sambil minum air.

Mula berhijab awal tahun 2021

Isteri kepada Nabil itu dipercayai mengenakan tudung sebelum ini sekitar awal tahun 2021.

Untuk info, Nabil dan isterinya itu telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla, Layla Medyna dan Mishall Imani.

#OhmediaNasihat

Kita perlu memahami bahawa setiap individu mempunyai perjalanan dan ujian hidup yang berbeza. Sebagai masyarakat, eloklah kita memilih untuk mendoakan yang terbaik buat mereka, tanpa mudah menghakimi.

Tindakan menghormati keputusan peribadi orang lain adalah sikap matang dan menunjukkan kita memahami nilai kemanusiaan. Ingat, apa pun yang berlaku, sokongan moral yang ikhlas lebih berharga daripada komen yang menghukum.


Scroll to Top