15 April 2026 01:51pm
Masa membaca: 4 minit

Sebuah video tular di media sosial memaparkan tindakan nekad seorang isteri yang melanggar kereta dipandu kekasih gelap suaminya sebelum menyerang wanita tersebut.
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan tindakan nekad seorang isteri yang melanggar kereta dipandu kekasih gelap suaminya sebelum menyerang wanita tersebut, lapor laman berita Tribunnews hari ini.
Dalam video berkenaan, si isteri merempuh sebuah kereta Mitsubishi Xpander berwarna hitam yang sedang berhenti di tepi jalan.
Dia kemudian membuka pintu kereta lalu menarik wanita berkenaan keluar dari kenderaan itu sambil memakai topi keledar.
Si suami yang ketika itu sudah turun dari kereta cuba menyelamatkan teman wanitanya, namun dia ditampar oleh si isteri.
Seorang anggota polis yang berada di lokasi kejadian cuba mengawal keadaan, namun turut dimarahi wanita berkenaan.
Isteri tersebut yang berada dalam keadaan marah kemudian menarik rambut wanita itu sebelum mencabut nombor plat kenderaan berkenaan.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
“Maaf, tetapi saya berasa sangat puas melihat video ini,” kata seorang netizen.
“Mantap! Menyala isteri sah,” kata seorang lagi pengguna media sosial. – AGENSI



