Isteri pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura meninggal dunia

Isteri pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura meninggal dunia

saadiah_ismail@bh.com.my

Kuala Lumpur: Usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali Ridzuan Ridzokumura berkongsi berita sedih berkenaan pemergian isterinya, Akiko Okumura, pagi tadi.

Berdasarkan perkongsian di laman sosialnya, Ridzuan memaklumkan isterinya sudah pergi selama-lamanya dan meninggalkan beliau serta anak lelakinya, Sky Taizo Okumura.

“Alfatihah buat arwah isteri saya Akiko Okumura telah pergi meninggalkan saya dan anak saya selamanya. Alfatihah,” katanya di laman Instagram.

Bagaimanapun, punca pemergian arwah isterinya tidak dinyatakan.

Semalam, Ridzuan juga sempat berkongsi di laman sosialnya berkenaan hari kelahiran anak tunggalnya yang kini berusia 13 tahun, sehingga mengundang sebak kebanyakan warganet yang melihat video berkenaan.

Sementara itu, pelakon yang juga anak saudaranya, Zarina Zainuddin, turut berkongsi pemergian itu di laman sosialnya.

“Innalillahiwainnailaihirajuin.. Akiko Okumura, isteri pakcik saya @ridzokumura telah meninggal dunia.. semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin,” tulisnya di Instagram.

Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang berasal dari Jepun pada Februari 2009.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top