Pelakon Faizal Hussein mendedahkan isterinya tidak pernah melakukan tugas menukar cadar tilam sejak awal perkahwinan mereka sehingga kini.
Menerusi podcast bersama Nona, Faizal berkata tugas tersebut tidak sesuai dilakukan oleh isterinya kerana tilam yang berat.
BACA: “Nak Jadi Menantu Walid Boleh?” – Ramai Nak Jadi Menantu Faizal Hussein
“Sampai ke hari ini, isteri saya tak pernah tukar cadar skali pun. Saya yang tukarkan. Kalau dulu itu seharusnya menjadi kerja wanita tetapi ketika zaman orang ramai menggunakan tilam spring, tebal dan berat..itu bukan lagi kerja seorang wanita. Itu kerja seorang lelaki,” katanya.
Sementara itu, Faizal berkata dia turut membantu bidadarinya, Suhaila Sulaiman melakukan kerja pembersihan rumah sebagai tanda kasih sayangnya buat isteri tercnta.
“Mencuci, vacum, bersihkan rumah, lap habuk..saya suka buat kerja-kerja itu. Pada saya, itu menunjukkan rasa kasih sayang saya pada isteri. Sampai sekarang, saya bagi isteri bunga,” katanya.
Faizal mendirikan rumah tangga dengan Suhaila pada 3 Julai 2004. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fazryn, 21, dan Fazrick, 18 tahun.



