Isteri Terkejut Jumpa Terung Dalam Beg Suami Dan Dedah Kisah Sebenar! | Trending – Oh! Media

Isteri Terkejut Jumpa Terung Dalam Beg Suami Dan Dedah Kisah Sebenar! | Trending – Oh! Media

Trending

Tidak semua terung ada cerita seram di sebaliknya.


Siapa sangka satu penemuan kecil boleh buat hati isteri jadi tak tenang seharian. Itulah situasi yang dikongsikan seorang wanita di Threads apabila dia menemui sesuatu yang agak pelik dalam beg suaminya.

Menerusi perkongsian tersebut, suaminya keluar untuk solat Jumaat bersama anak dan meninggalkan beg. Disebabkan suami jenis pelupa, si isteri mengambil keputusan untuk memeriksa telefon dan dompet jika tertinggal dalam beg berkenaan.

Penemuan ‘luar biasa’ dari beg suami

Namun apa yang mengejutkan, si isteri menemui sebiji terung panjang berada di dalam beg suaminya. Perkara itu terus membuatkan dia berfikir yang bukan-bukan sehingga tertanya-tanya tujuan sebenar terung tersebut dibawa bersama.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur dengan situasi tersebut. Ada yang meminta si isteri bertenang dan tidak terlalu cepat membuat kesimpulan, manakala ada juga yang berseloroh memberi pelbagai andaian lucu.

Ini kisah sebenar yang berlaku

Menerusi hantaran terbaru dari si isteri, suaminya menjelaskan terung itu ditemui di sebuah kedai dan mengutipnya dengan niat untuk membuang kerana kedudukan tong sampah agak jauh.

Sementara itu, dia menyimpan terung tersebut di dalam beg buat sementara waktu, namun akhirnya si suami terlupa bahawa dia bawa bersama.

Suaminya turut bersumpah bahawa dia benar-benar terlupa tentang terung berkenaan dan secara berseloroh menegaskan bahawa tiada perkara tidak senonoh berlaku.

Pssttt! Dalam rumah tangga, salah faham selalunya bermula dengan andaian yang tak disahkan. Lepas ni kalau jumpa benda pelik dalam beg pasangan, tarik nafas dulu… kemudian tanya baik-baik. Tak semua terung ada cerita seram di sebaliknya.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Scroll to Top