Oh! Artis
Khaby Lame didakwa tiada aset atas nama sendiri ketika perceraian, strategi Hakimized kembali jadi perbualan.
Personaliti media sosial terkenal dunia, Khaby Lame dilaporkan sedang berdepan krisis rumah tangga selepas isterinya memfailkan tuntutan perceraian. Tuntutan itu turut melibatkan permintaan untuk mendapatkan separuh daripada harta dimilikinya.
Namun, di sebalik populariti dan kekayaan luar biasa yang diraih, perkembangan terbaru dari mahkamah benar-benar mengejutkan ramai. Khaby didakwa tidak mempunyai sebarang aset yang didaftarkan atas namanya sendiri.
Khaby Lame tiada aset atas nama sendiri

Menurut laporan, mahkamah mendapati semua aset milik Khaby sebenarnya diletakkan di bawah nama bapanya. Perkara ini sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Langkah ini dilihat sebagai satu strategi yang jarang didedahkan secara terbuka, terutama melibatkan individu berprofil tinggi. Ia juga membuka perbincangan tentang bagaimana selebriti mengurus kekayaan mereka di sebalik tabir.
Strategi Hakimized kembali viral

Situasi ini mengingatkan ramai kepada kes melibatkan bintang bola sepak, Achraf Hakimi. Sebelum ini, Hakimi didakwa meletakkan sebahagian besar hartanya di bawah nama ibunya.
Ketika proses perpisahan dengan isterinya, Hiba Abouk, Hakimi dilaporkan hanya memiliki simpanan kecil dalam akaun sendiri. Malah, situasi itu menjadi lebih mengejutkan apabila mahkamah mencadangkan isterinya pula membahagikan aset kepada Hakimi.
Sejak itu, netizen mula menggelarkan strategi ini sebagai Hakimized, merujuk kepada cara perlindungan aset yang dianggap bijak oleh sesetengah pihak.
Perdebatan moral dan undang undang

Pendedahan ini mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial. Ada yang melihatnya sebagai langkah perlindungan kewangan yang bijak, terutama bagi individu berpendapatan tinggi.
Namun, tidak kurang juga yang mempersoalkan dari sudut moral dan keadilan terhadap pasangan. Dalam banyak kes perceraian, pemilikan aset memainkan peranan penting dalam menentukan pembahagian harta.
Walaupun begitu, pakar undang undang menjelaskan bahawa mahkamah masih boleh menyiasat konsep “beneficial ownership”, iaitu siapa sebenarnya yang mengawal atau mendapat manfaat daripada aset tersebut walaupun bukan atas nama sendiri.
Pssttt! Dalam soal duit dan hubungan, korang kena bijak seimbangkan antara perlindungan diri dan kejujuran dengan pasangan. Jangan sampai strategi lindung harta akhirnya makan diri sendiri. Yang penting, fikir panjang sebelum buat keputusan besar.
Kredit: Aplikasi X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!



