Isu bayaran tertunggak dibawa ke parlimen, Amir Raja Lawak ucap terima kasih

Isu bayaran tertunggak dibawa ke parlimen, Amir Raja Lawak ucap terima kasih

Pelawak terkenal, Amir Raja Lawak ucap terima kasih kepada YB  Syerleena Abdul Rashid apabila isu bayaran tertunggak yang dialami telah disebut di dewan parlimen.

Amir Raja Lawak ucap terima kasih kepada MP Bukit Bendera

Menerusi perkongsian daripada Amir, dia bersyukur diatas keprihatinan yang ditunjukkan Ahli Parlimen Bukit Bendera apabila mengangkat masalah yang dihadapi oleh pelawak itu di parlimen.

Dalam pada itu, Amir menyatakan bahawa tindakan dilakukan pihak televisyen terbabit dilihat agak keterlaluan kerana dia masih lagi belum menerima bayaran sehingga kini walaupun sudah puas merayu.

Amir Raja Lawak

Amir Raja Lawak jelaskan masalah ini bukan hanya dirinya hadapi

Jelasnya, masalah ini bukan hanya melibatkan dirinya, tetapi semua yang sedang berdepan masalah sama memandangkan bayaran yang ditagih bertujuan untuk digunakan bagi meneruskan kehidupan.

“Kami para artis, para krew, para pekerja belakang tabir semua pun ada poket perlu di isi, ada beras perlu di beli, ada komitmen pada keluarga.

“Kadang ada yang ‘ terpaksa ‘ ambik ‘ job ‘ walaupun bayaran tidak di paras yang selayaknya, itu pun bayaran kena sidai, tidak ke naya tu?

“Masih ada je saya tengok beberapa kawan Facebook saya yang terlibat dalam bidang seni ini, duk tulis posting pasal tunggakan bayaran yang belum diperolehi hingga kini,” ujar Amir.

Semoga urusan dipermudahkan

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menzahirkan sokongan kepada Amir dan para penggiat industri yang berdepan masalah sama berkaitan isu tunggakan bayaran tersebut.

Mereka juga menghargai peranan yang dimainkan YB Syarleena apabila mengotakan janji membawa isu terbabit ke parlimen.

Sokong ada yang tampil bersuara

Amir tak berseorangan dalam berjuang

amir raja lawak

Artikel lain: Amir Raja Lawak belum terima RM18,000, penat desak orang kaya selesai amanah

Sebelum ini, Amir menyatakan bahawa dirinya memerlukan bayaran tersebut bagi membiayai rawatan bapanya yang disahkan menghidap kanser usus.

Pelawak terbabit juga memaklumkan dirinya sudah membuat laporan polis dan berkali-kali menggesa bayaran terbabit dilunaskan, namun kekal tidak diendahkan.

Sumber: Facebook Amir Raja Lawak

Scroll to Top