Isu Dimarahi Guru, Sajat Tampil Pertahan Anak Saudara – “Jangan Tengking Macam Tu! Dia Dari Keluarga Tak Sempurna”

Isu Dimarahi Guru, Sajat Tampil Pertahan Anak Saudara – “Jangan Tengking Macam Tu! Dia Dari Keluarga Tak Sempurna”

Personaliti media sosial, Nur Sajat tampil mempertahankan anak saudaranya yang  telah dimarahi sekumpulan guru seperti yang tular baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Sajat berkata, tindakan menengking anak saudaranya yang dikenali sebagai, Lisa dihadapan rakan-rakannya adalah tidak wajar dilakukan apatah lagi ia berlaku di kawasan terbuka.

“Sampai anak buah saya kata, ‘Kalu budak-budak lain tak ada pula dia marah macam tu. Tapi kalau time dia, kena marah macam tak berhenti.

“Janganlah buat macam tu. Sebagai tenaga pengajar jangan lah anggap macam tu.

“Anak saudara saya tu dari keluarga yang tak sempurna. Tiada ayah hanya bergantung pada ibu sahaja. Jadi bila macam tu anda sendiri faham perasaan dia.

“Lagipun, Lisa tu tak pernah dapat kasih sayang daripada seorang ayah. Tak pernah. jadi bila anda baut macam tu mesti dia sedih dan rasa down,” ulasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan tindakan guru berkenaan yang disifatkan sebagai pilih kasih.

Malah, tindakan berkenaan bukan sahaja boleh menjejaskan prestasi murid tetapi perspektif mereka terhadap rasa hormat kepada guru.

Sebelum ini, tular sepotong video pendek memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menangis dipercayai ditengking oleh sekumpulan guru.

Rakaman berdurasi pendek itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap kanak-kanak berkenaan serta mempersoalkan pendekatan sesetengah pendidik dalam menangani murid.

Susulan penularan video itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, pihaknya telah mengambil maklum tentang insiden terbabit dan akan menjalankan siasatan terperinci bagi memastikan kesejahteraan murid sentiasa terpelihara.

Scroll to Top