Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai isu hangat membabitkan adiknya, penyanyi Fyna Jebat yang tular di media sosial.
Ketika dihubungi XTRA, Ayda mengambil pendekatan berhati-hati dan menganggap perkara tersebut sebagai urusan peribadi yang tidak wajar diperincikan oleh pihak lain.
“Saya bukan orang yang tepat untuk ulas isu ini. Itu urusan peribadi dia, dia sendiri yang kongsi di media sosial, biar dia uruskan,” katanya.
Dalam masa sama, pelantun lagu Nakal Nakal Nakal ini tetap menunjukkan sokongan sebagai seorang kakak dengan mendoakan yang terbaik buat Fyna.
“Apa yang boleh saya katakan, saya doa apa sahaja yang terbaik buat adik saya dan suaminya,” katanya lagi.
Terdahulu, Fyna mencuri perhatian apabila meluahkan rasa berang terhadap seorang individu yang didakwa ‘menyimpan’ dirinya selama beberapa tahun, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Walaupun isu tersebut menjadi bualan hangat, Ayda jelas memilih untuk tidak mencampuri secara terbuka dan menyerahkan sepenuhnya kepada Fyna untuk menguruskan situasi berkenaan.
ARTIKEL LAIN: Isu Pertelingkahan Di Restoran: “Adik Saya Enggan Beri Komen” – Ayda Jebat
ARTIKEL LAIN: Kekal Fokus Dalam Famili Duo, Fyna Jebat Kunci Mulut Isu Pertelingkahan Dengan Madu



