Trending
Fahrin Ahmad tegur netizen jangan terlalu emosi isu hina Quran, jelaskan suspek sudah ditahan dan PMX bukan marah semua pihak.
Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad tampil berkongsi pendapat mengenai isu penghinaan Al-Quran yang hangat diperkatakan ketika ini.
Menerusi Threads, Fahrin berkata yang bulan Ramadan adalah waktu untuk bertenang dan tidak terlalu mengikut emosi walaupun ramai sedang diuji dengan rasa lapar dan dahaga.
Saya tahu semua orang lapar time puasa ni dugaan ujian, mood pun memang lain sikit. Tapi janganlah sampai kita terlebih emosi dan tersalah hukum.
Suspek hina Al-Quran dah ditahan sejak 25 Februari

Fahrin turut menjelaskan bahawa individu yang menghina Al-Quran itu sudah ditahan polis dan telah berada dalam lokap sejak 25 Februari lalu.
Katanya, Perdana Menteri bukan memarahi semua rakyat, sebaliknya menegur golongan yang masih mempersoalkan tindakan walaupun ia telah diambil.
PMX tu bukan marah semua orang… dia marah golongan yang still tanya ‘mana tindakan?’ padahal tindakan memang dah dibuat.
Tambahnya lagi, dalam konteks yang tepat, kenyataan tersebut bukanlah serangan terhadap semua pihak.
Fahrin Ahmad tegaskan semak info sebelum bertindak

Fahrin menasihatkan orang ramai supaya lebih tenang dan memastikan kesahihan maklumat sebelum memberi reaksi.
Bulan puasa ni kita bawa bertenang, jangan emo. Tenang-tenang tapi tetap tegas, pastikan info sahih dulu baru kita respon..
Pssttt! Dalam dunia penuh maklumat pantas, emosi mudah dipancing. Semak fakta dahulu, respon kemudian. Tenang itu lebih kuat daripada marah.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




