Isu Istiqamah Berhijab, Ika Nabella Faham Situasi Kilafairy – “May Allah Guide Us”

Isu Istiqamah Berhijab, Ika Nabella Faham Situasi Kilafairy – “May Allah Guide Us”

“Godaan untuk kembali free hair memang membuak-buak”.

Demikian respons yang diberikan pelakon, Ika Nabella susulan kenyataan pelakon Kilafairy sebelum ini yang meminta untuk mendoakannya kekal istiqamah.

Kata Ika atau nama penuhnya, Ika Nabella Abd Rahim, 36, dia dapat merasakan apa yang dilalui oleh Kila mengenai cabaran untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat.

“Saya baca hantaran Kila mengenai keinginannya untuk kembali membuka hijab. Jujur saya dapat faham mengenai situasi itu.

“Membesar dalam persekitaran yang ilmu agama tidak kuat, free hair.. memang susah untuk konsisten.

“The struggle to look good dan godaan untuk kembali free hair memang akan membuak-buak,” katanya.

Mengulas lanjut, Ika juga mengakui, dia juga mengalami perasaan sama, namun cuba untuk sentiasa mengingatkan diri sendiri untuk bertahan dan memohon kepada Allah agar sentiasa diberikan kekuatan menjalani ujian dengan sebaiknya.

“Saya juga bergelut dan cuba untuk mengingatkan diri sendiri untuk bertahan. Selain memeriksa circle saya termasuklah sentiasa berdoa kepada Allah agar dikurniakan kekuatan.

“Kita semua sedang mencuba kan? Semoga Allah membimbing dan menjaga aib dan mempermudahkan segalanya untuk kita semua,”jelasnya.

Terdahulu, anak kepada penyanyi, Allahyarham Rohana Jalil ini menerusi hantaran di platform Threads  mengakui dirinya diuji dengan perasaan ingin kembali tidak bertudung.

“Kenapa rasa mom nak free hair balik ni eh? But when I think back about this… kenapa I nak please manusia? Patut kena do everything for Allah. Not manusia,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Baru Faham Kenapa Istiqamah Itu Susah” – Rasa Nak ‘Free Hair’ Kembali, Kila Fairy Mohon Dikuatkan Iman

ARTIKEL BERKAITAN: “Husnuzon Jangan Judge! Entah-Entah Orang Yang Awak Sound Tu Lagi Penuh Ilmu Di Dada”- Shiha Zikir

ARTIKEL BERKAITAN: shera “Iman Bukan Naik Turun, Tapi Sentiasa Keluar Masuk” – Shera Aiyob Titip Nasihat Buat Kila Fairy

Scroll to Top