Isu Komen Sensetif Berkaitan Agama Dan Kaum, Ketua Polis Negara Tampil Bersuara! | Trending – Oh! Media

Isu Komen Sensetif Berkaitan Agama Dan Kaum, Ketua Polis Negara Tampil Bersuara! | Trending – Oh! Media

Trending

PDRM nasihat orang ramai tidak buat komen sensitif isu agama dan kaum di media sosial, susulan kes lelaki hina al-Quran.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat komen melampau yang menyentuh isu sensitif berkaitan agama dan kaum di media sosial.

Menurut laporan Sinar Harian, rakyat perlu lebih matang dan tidak menggunakan platform media sosial untuk mencetuskan provokasi sehingga boleh menjejaskan keharmonian negara dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Masyarakat dinasihatkan supaya merujuk kepada sumber sahih dan dokumen rasmi sebelum membuat sebarang kenyataan bagi mengelakkan salah faham.

Beliau turut menegaskan bahawa suasana aman perlu dikekalkan, lebih-lebih lagi ketika negara menghampiri musim perayaan.

Lelaki pijak Al-Quran akan dihadapkan ke mahkamah

Pijak Al quran

Kenyataan itu dibuat susulan kecaman terhadap tindakan seorang penuntut universiti awam yang memuat naik hantaran menghina dan mencemarkan al-Quran di platform Threads.

Terdahulu, Ketua Polis Negara mengesahkan pelajar berkenaan akan dihadapkan ke Mahkamah Kuantan, Pahang.

Peguam Negara izinkan menunuh suspek selepas cukup bukti

Pijak Alquran

Menurut beliau, Peguam Negara telah memberi keizinan untuk menuduh suspek selepas penelitian mendapati terdapat bukti mencukupi untuk memulakan prosiding undang-undang.

Suspek yang kini dalam tahanan polis dilaporkan berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh reman.

Pssttt! Media sosial bukan tempat lepaskan amarah tanpa fikir panjang. Hormati agama dan kaum lain demi keharmonian negara yang kita cintai.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top