Akhirnya isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai selepas pihak pengurusan akhirnya setuju berpindah ke lokasi baru yang berhampiran dengan tapak asal.
Keputusan ni dicapai hasil rundingan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diadakan semalam.
Pihak kuil & DBKL capai kata sepakat…

Setiausaha jawatankuasa kuil, Kaarthik Gunaseelan, mengesahkan keputusan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam proses rundingan.
Kami berterima kasih kepada menteri, wakil rakyat dan pihak berkuasa lain yang membantu mencapai resolusi ini.
Tapak baru itu berdekatan dan dalam kawasan Jalan Masjid India, serta sesuai sebagai tapak alternatif.
Dengan persetujuan ini, diharap kontroversi yang timbul sebelum ini dapat mereda.
Kuil dipindahkan demi pembinaan Masjid di tanah wakaf…

Isu ni mula jadi perhatian ramai selepas kuil yang terletak di Jalan Masjid India perlu dipindahkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah masjid.
Menurut Ketua Bahagian Undang-undang & Komunikasi Korporat Jakel Trading Sdn Bhd, Aiman Dazuki, tanah tersebut dibeli syarikat mereka pada tahun 2012 dan mendapat kelulusan untuk membina masjid pada 2021.
Beliau menegaskan bahawa pembinaan masjid ditangguhkan sebelum ini bagi menghormati pemindahan kuil tersebut.
Pihak kami juga telah bersetuju untuk menanggung kos pemindahan kuil bagi memastikan proses berjalan lancar.
Namun, pemindahan tetap perlu dilakukan kerana ruang sedia ada tak mencukupi untuk menempatkan kedua-dua rumah ibadat dalam kawasan yang sama.
Peguam mahu ketelusan dalam urusan tanah…

Sementara itu, peguam terkenal Ambiga Sreenevasan dan N Surendran menggesa kerajaan supaya mendedahkan perjanjian jual beli tanah bagi memastikan ketelusan kepada umum.
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka hadir untuk merasmikan majlis pecah tanah Masjid Madani di lokasi tersebut tidak lama lagi.
#ApaKataOhmedia
Isu ni memang sensitif sebab melibatkan tempat ibadat, tapi dengan persetujuan pihak kuil dan jaminan daripada pihak berkaitan, harap semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Hormat-menghormati antara agama sangat penting dalam masyarakat kita yang berbilang kaum.
