Isu MyKiosk: Ini Hasil Siasatan SPRM, Nga Kor Ming Tuntut Permohonan Maaf | Trending – Oh! Media

Isu MyKiosk: Ini Hasil Siasatan SPRM, Nga Kor Ming Tuntut Permohonan Maaf | Trending – Oh! Media

Trending

Menteri KPKT tuntut penfitnah mohon maaf dan bertanggungjawab.


Lepas kecoh satu Malaysia kononnya program MyKiosk ada unsur salah guna kuasa, Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming tampil bersuara.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan program MyKiosk bebas daripada sebarang unsur meragukan.

SPRM sahkan MyKiosk tiada unsur jenayah

Sebaliknya, MyKiosk diwujudkan untuk membantu peniaga kecil mencari ruang untuk berniaga.

Mykiosk

Justeru, beliau menegaskan bahawa mana-mana pihak yang menyebarkan tuduhan palsu atau berniat jahat terhadap inisiatif ini perlu tampil memohon maaf secara terbuka.

Awal Jun lalu, SPRM telah menjalankan satu siasatan selepas pembinaan MyKiosk didakwa ada unsur rasuah dan penyelewengan. Siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009.

Pssttt! Kalau dah jelas tiada unsur jenayah, sepatutnya hentikanlah tuduhan palsu. Jangan biar politik sempit halang usaha murni bantu peniaga kecil.

Kredit: Facebook Nga Kor Ming
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top