Isu Rumah Ibadat Tak Sah, PMX Izinkan PBT ‘Bersihkan’ Kawasan Bukan Hak Kuil

Isu Rumah Ibadat Tak Sah, PMX Izinkan PBT ‘Bersihkan’ Kawasan Bukan Hak Kuil

Oh! Negara

PMX sahkan PBT diberi kuasa ‘bersihkan’ rumah ibadat yang dibina di atas tanah tak sah demi keadilan undang-undang.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan pembinaan rumah ibadat yang tak ikut peraturan.

Memetik laporan Harian Metro, PMX berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) kini diberi kuasa penuh untuk ‘membersihkan’ kawasan yang bukan hak kuil, atau mana-mana rumah ibadat yang sengaja dibina tanpa mengikut jalur hukum yang sah.

Bukan soal agama, tapi soal ikut peraturan

Pmx

Jelas PMX lagi, beliau tahu isu ini akan mengundang kontroversi namun undang-undang tetap perlu ditegakkan.

Menurut Anwar, tindakan ni bukan ditujukan kepada kuil semata-mata. Sebaliknya, ia terpakai untuk semua rumah ibadat termasuk masjid, gereja dan kuil.

Saya dengan ini mahu mengumumkan ketetapan kita tidak lagi mengizinkan yang (pembinaan rumah ibadat) tidak mengikut peraturan, dan majlis bandaraya (PBT) diberi keizinan untuk bertindak supaya ‘bersihkan’ kawasan yang bukan hak kuil supaya selesai masalah ini dengan baik.

Tambah beliau lagi, walaupun istilah yang digunakan umum seperti kuil, perkara pokoknya ialah pembinaan di tempat atau tapak yang tidak sah.

PMX tegas semua rumah ibadah perlu ikut peraturan sah

Pmx Rumah Ibadah
Foto Mohd Fadli Hamzah Harian Metro

PMX menegaskan, sama ada disenangi atau tidak, semua rumah ibadah perlu mengikut undang-undang yang sah dan tindakan hanya akan diambil jika didapati melanggar peraturan.

Bagaimana Batu Caves? Batu Caves itu sah, ada cadangan Batu Caves nak buat eskalator. Saya bincang dengan Menteri Besar Selangor semalam, kebetulan saya bersama dengan Sultan tanya pendapat baginda. Batu Caves itu mendapat kelulusan. Dia minta oleh kerana tangga naik tinggi, oleh kerana tinggi, ada yang cadangkan nak bina, eskalator. Jadi pendapat saya, tak apa. Dia tak ganggu tanah orang, dia tak paksa, dia tak rampas hak orang lain.

Anwar turut menyebut, dasar ni bukan benda baru. Ia dah diamalkan sejak zaman BN, PN, PAS dan kini diteruskan bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Bezanya sekarang, kerajaan ambil pendekatan lebih berani dan sistematik.

Beliau turut akui ada beberapa kes tertentu yang perlu pertimbangan khas, contohnya rumah ibadat yang dah wujud lebih 200 tahun walaupun tanpa kelulusan.

Tapi Anwar tekankan, tak semua kes boleh guna alasan ‘dah lama wujud’ untuk lari dari peraturan.

Pssttt! Isu ni memang sensitif, tapi kalau dibiarkan, boleh cetus konflik lebih besar. Tindakan kerajaan ni bukan nak menyekat agama, tapi nak pastikan semuanya ikut undang-undang. Hormat agama itu penting, tapi jangan sampai langgar hak orang lain. Semoga semua pihak ambil pendekatan bijak dan elak provokasi.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top