Isu Sengketa Dengan Ibu, Kak KM Pertahan Anna Jobling – “Dia Sangat Jujur & Seorang Budak Yang Baik”

Isu Sengketa Dengan Ibu, Kak KM Pertahan Anna Jobling – “Dia Sangat Jujur & Seorang Budak Yang Baik”

Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM mengakui pelakon popular drama Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling merupakan seorang anak yang baik dan jujur.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek yang dikongsikan di platform Threads, Kak KM diminta untuk  memberikan pendapatnya mengenai isu kontroversi melibtakan aktres itu dan ibunya, Ariz Arop.

Katanya, meskipun enggan menyebelahi mana-mana pihak, namun sebagai individu yang pernah bertemu secara empat mata dengan Anna, dia tampil mempertahankan aktres itu daripada terus dikritik berhubung dakwaan memperlakukan ibunya seperti ‘anjing kurap’.

“Aku ni boleh baca orang, tu sebab aku ada komen dekat satu portal ni and ramai lah juga orang backup aku.

“Sebab Kak KM bukan nak sebelahkan siapa-siapa… tapi terus terang aku cakap, aku sebelahkan Anna sebab, Kak KM pernah shooting dengan dia.

“Walaupun kita tak kenal rapat, tapi boleh tengok orang tu sangat jujur. Budak Anna ni memang budak baik,” katanya.

Terdahulu, hubungan dingin antara kedua beranak ini mula tular selepas Ariz berkongsi foto dan video menunjukkan dia sedang berada di balai polis sambil menunjukkan foto tangannya yang kelihatan kemerahan, dipercayai akibat mengetuk cermin pintu kereta selepas dikunci dari dalam kenderaan.

Scroll to Top