Isu suami Fatin Afeefa perli di mahkamah, ramai ‘u-turn’ sokong Adam Shahz?

Isu suami Fatin Afeefa perli di mahkamah, ramai ‘u-turn’ sokong Adam Shahz?

Kes hak penjagaan anak tunggal antara pelakon, Adam Shahz dan bekas isteri Fatin Afeefa kembali menjadi bualan ramai selepas mereka menjalani prosiding perbicaraan kali pertama di Mahkamah Syariah Shah Alam, semalam.

Selain gagal mencapai kata sepakat, ada perkara menarik perhatian netizen apabila suami Fatin iaitu Aliff Awang berkongsi sebuah video menyebut tentang satu petikan yang digantung pada dinding di perkarangan mahkamah tersebut.

“Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya,” katanya dalam video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu.

Selepas menyebutnya, Aliff yang juga usahawan pelaburan kemudian memfokuskan kamera telefon bimbitnya ke arah Adam yang ketika itu sedang duduk menunggu urusan diselesaikan.

Disebabkan video berkenaan, terdapat segelintir netizen berasa kurang senang dengan sikap Aliff yang dianggap seperti kebudak-budakkan.

Foto; mStar Online

Menerusi komen di Facebook Oh My Media, netizen berpendapat bahawa kes itu perlu diselesaikan secara profesional antara Adam dan Fatin tanpa membabitkan unsur sindiran dan sebagainya.

Malah, tidak kurang ada juga beberapa individu mula ‘berpaling tadah’ untuk memberi sokongan kepada Adam gara-gara sikap ditunjukkan oleh Aliff.

Terdahulu, media melaporkan Adam menafikan dia cemburu apabila Fatin yang juga seorang aktres sudah mempunyai pengganti sebaliknya hanya mahu menuntut hak sebagai seorang bapa kepada anaknya, Ivy Herra Sophia.

Sumber: TikTok Aliff Awang