“Isu Terlalu Remeh…” – Fasha Sandha Enggan Ulas Isu Suami Dipeluk

“Isu Terlalu Remeh…” – Fasha Sandha Enggan Ulas Isu Suami Dipeluk

Pelakon Fasha Sandha enggan mengulas mengenai isu gambar suaminya, Aidil Aziz dipeluk oleh aktres Sharifah Sakinah.

Memetik Oh Bulan, Fasha berkata isu tersebut terlalu remeh untuk diperkatakan dan bimbang kenyataannya itu disalah tafsir dan lebih baik jika tidak memberikan komen.

BACA: Aidil Aziz Kunci Mulut Isu Fasha Sandha Tanggal Tudung Dalam Drama 

“Kalau orang tanya pasal isu tu saya tak nak komenlah sebab nanti kalau komen kita akan nampak macam tak betul pula. 

“Jadi lebih baik tak payah komen. Pada saya isu itu terlalu remeh untuk dibicarakan.

“Saya kenal Sakinah dah lama daripada zaman saya tak berlakon dengan dia. Jadi saya selesa dengan dia dan dia sekarang berlakon dengan Aidil,” katanya.

Sementara itu, Fasha berkata dia jarang membaca komen-komen negatif netizen kerana sibuk dengan kerja serta keluarga.

“Saya tak baca sangat komen negatif ni sebab bagi saya ia macam angin lalu saja. Saya pun baru nak belajar main aplikasi Threads. 

“Selalunya saya memang lambat dalam hal media sosial ni sebab terlalu sibuk dengan kerja dan anak-anak,” katanya.

Sumber: Oh Bulan


Scroll to Top