Isuzu Malaysia anjur acara kayuhan santai

Isuzu Malaysia anjur acara kayuhan santai

Lebih 750 pengayuh basikal memeriahkan acara Isuzu Fun Ride 2023 yang diadakan di Ipoh, baru-baru ini.

Ia diadakan bersempena dengan pembukaan pusat 3S terbaharu oleh Isuzu Malaysia menerusi Weng Fatt Otomobill.

Turut hadir,Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Pinji, Goh See

Hua bersama Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe yang turut berkayuh.

Kesemua peserta berpeluang menikmati pemandangan indah dan tenang di Ipoh dengan jarak kayuhan sejauh 40 kilometer (km) melalui kawasan sekitar bandaraya itu sebelum kembali ke ruang pameran yang disambut dengan hidangan ringan serta cabutan bertuah.

Menurut Okazoe sebagai sebuah jenama yang prihatin terhadap alam sekitar sebagai teras perniagaannya, Isuzu selalu peka terhadap keperluan untuk membangunkan masyarakat yang

bertanggungjawab dan sihat.

“Acara seperti ini menyediakan peluang tersebut untuk mewujudkan aktiviti bersama keluarga yang menyeronokkan serta sihat.

“Isuzu Fun Ride di Ipoh adalah menjadi titik permulaan kepada aktiviti sama di tempat lain yang sedang dirancang oleh pengedar Isuzu di seluruh negara,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top