Isyariana kongsi tips hafal surah kekal fokus ketika memandu

Isyariana kongsi tips hafal surah kekal fokus ketika memandu

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Isyariana berkongsi amalan bagi membantu dirinya kekal segar, fokus dan tenang ketika memandu terutama dalam situasi jalan raya sesak dan meletihkan.

Isyariana atau nama penuh, Isyariana Che Azmi, 35, berkata dia menghafal surah al-Quran sebagai kaedah menenangkan diri dan mengelak rasa mengantuk ketika memandu.

“Aku memang tidak suka memandu. Jadi, untuk elak tertidur, aku hafal surah.

“Apabila buat begitu, hati kita takkan ada rasa nak maki orang lain yang bawa kereta juga. Otak pula cepat ‘masuk’ hafalan itu,” luahnya dalam hantaran Instagram Story (IGs).

Dalam klip video berkenaan, Isyariana dilihat khusyuk mengikuti alunan bacaan surah Ar-Rahman yang dimainkan menerusi sistem audio keretanya, sambil berusaha menghafal setiap ayat dengan tertib dan tenang.

Pelakon drama Tolong Sempurnakan Cerita Mami itu berkata, tips terbabit dikongsi rakan selepas dia berasa sendiri kesan positif daripada amalan berkenaan.

“Apa yang penting, aku tak mengantuk sebab otak sedang fokus dengar dan menghafal.

“Aku kongsi tip ini, terima kasih kepada sahabat satu masa dahulu yang berkongsi tips ini dengan saya,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top