Itali tanpa Retegui lawan Jerman

Itali tanpa Retegui lawan Jerman

Milan: Itali beraksi tanpa penyerang Mateo Retegui untuk kedua-dua aksi suku akhir Liga Negara-Negara Uefa menentang Jerman akibat kecederaan paha, menurut Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) hari ini.

Retegui kelahiran Argentina yang beraksi dengan kelab Itali, Atalanta muncul penjaring terbanyak Serie A musim ini menerusi 22 gol serta meledak enam kali untuk Itali dalam 18 penampilan sejak tampil kali pertama pada 2023.

“Penyerang Mateo Retegui yang menjalani pemeriksaan pagi tadi akibat ketegangan otot di paha kanan tidak dapat beraksi kedua-dua perlawanan berdepan Jerman dan akan kembali ke kelab untuk ujian selanjutnya,” menurut kenyataan FIGC.

Pemain Fiorentina Moise Kean, penjaring kedua terbanyak di liga Itali musim ini dengan 15 gol kini menjadi pilihan utama pengurus Luciano Spalletti untuk mengetuai jentera serangan menentang Jerman.

Itali menerima kunjungan Jerman di San Siro pada awal pagi Jumaat dan aksi kedua di Dortmund pada Isnin dan pemenang akan menjadi tuan rumah separuh akhir dan final pada Jun.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top