rnoraina@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) memulakan aktiviti ‘jetting’ iaitu penyemburan air bertekanan tinggi di lokasi kejadian tanah jerlus berhampiran Wisma Yakin di Masjid India di sini, malam ini.
Operasi yang bermula kira-kira 9.15 malam ini membabitkan pasukan IWK bersama sebuah jentera air.
Turut terbabit operasi adalah pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang dilihat memasuki kawasan tanah jerlus bersama hos air.
Kawasan kejadian juga dikawal ketat oleh anggota polis bagi mengelak orang awam melintasi garisan kuning yang dipasang sekeliling lokasi terbabit.
Terdahulu Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman dilaporkan berkata, operasi pencarian mangsa tanah jerlus menggunakan ‘jetter’ di lokasi kejadian di Masjid India, di sini, hari ini.
Menurutnya, teknik penyemburan air bertekanan tinggi itu dilakukan selepas mendapati terdapat objek atau serpihan yang menghalang laluan air di dalam lurang kumbahan.
Beliau berkata, operasi dijalankan sejak awal pagi hari ini secara berperingkat yang kini sudah memasuki operasi keempat dan dijangka berterusan sehingga objek berkenaan dapat dipecahkan.
Katanya, operasi buat masa ini hanya tertumpu di lurang kumbahan berhampiran Wisma Yakin itu selepas kamera bergerak yang dipasang dalam lurang kumbahan berkenaan mengesan objek seperti batu yang menghalang aliran air.
Beliau berharap teknik itu dapat membantu memecahkan objek berkenaan sekali gus membolehkan sebarang objek termasuk badan manusia dapat bergerak melepasinya.
100 beg pasir elak air masuk ke kawasan tanah jerlus di Masjid India
Kerajaan dijangka kaji semula dasar perancangan bandar di KL
Operasi SAR diteruskan hingga mangsa tanah jerlus ditemui – Polis
Tanah jerlus: Kaedah ‘jetting’ diteruskan cari mangsa mungkin sangkut dalam paip pembetungan
UM nafi artikel KL dibina atas gua kosong, tiada ahli geologi bernama Dr SarahUM nafi artikel KL dibina atas gua kosong, tiada ahli geologi bernama Dr Sarah
Tanah jerlus: Visa ahli keluarga dilanjut sebulan, kerajaan jamin kebajikan terjaga
Pemetaan saliran bawah tanah di ibu kota wajar dilakukanPemetaan saliran bawah tanah di ibu kota wajar dilakukan
Tanah jerlus: IWK guna ‘jetter’ pecah serpihan 69 meter
Mangsa belum ditemui selepas teknik ‘flushing’ dilakukanMangsa belum ditemui selepas teknik ‘flushing’ dilakukan
Insiden tanah jerlus: 72 jam berlalu, belum ada petunjuk baharu
Tanah jerlus: Nga akan cadang pemetaan utiliti dalam mesyuarat KPKTTanah jerlus: Nga akan cadang pemetaan utiliti dalam mesyuarat KPKT
Kaedah ‘flushing’ digunakan untuk cari mangsa tanah benam di Masjid India
Anwar zahirkan simpati, beri jaminan SAR wanita warga India diteruskan
Aktiviti perniagaan di Jalan Masjid India ditutup
IEM sedia tawar kepakaran tangani insiden lubang benam berulang
Perniagaan, pihak berkuasa digesa utamakan penyelenggaraan infrastruktur
SAR diteruskan pada hari ketiga
Lubang benam: Pencarian di 6 lurang kumbahan tiada petunjuk, operasi disambung pagi esok
Anggota skuba berdepan risiko, ruang sempit
SAR wanita terjatuh lubang benam di Masjid India diperluaskan
DBKL tubuh pasukan khas untuk tangani tanah jerlus di KL
Sudah lebih 24 jam, wanita masih hilang
Fizikal tubuh manusia boleh hanyut dalam saluran pembentungan – IWK
‘Tolong selamatkan ibu saya’ – Anak mangsa lubang benam
Kawasan Masjid India selamat – Datuk Bandar KL
Tiada aktiviti korek tanah di sekitar kawasan lubang benam
Lubang benam di Jalan Masjid India: Peniaga bimbang keselamatan terancam
Mendapan pernah berlaku di lokasi sama tahun lalu – Polis
Lubang benam: Mangsa dihanyutkan arus deras bawah tanah
Isteri sempat jerit minta tolong sebelum senyap
Pelancong wanita warga India jatuh dalam lubang benam
© New Straits Times Press (M) Bhd




