Izara Aishah Bocor Rahsia Siti Nurhaliza, Mudah Teracun Beli Barang Online

Izara Aishah Bocor Rahsia Siti Nurhaliza, Mudah Teracun Beli Barang Online

Pelakon Izara Aishah menjadi perhatian apabila mendedahkan mengenai sisi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tidak diketahui ramai ketika siaran langsung di TikTok.

Menerusi video yang dikongsikan semula, Izara yang ketika itu sedang mempromosikan tudung jenamanya berkata penyanyi nombor satu negara itu gemar membeli barang secara atas talian.

BACA: Izara Aishah Dikritik Didakwa Salah Guna Perkataan ‘Jakun’

Namun apa yang menghiburkan ramai apabila Izara berkata Siti ada membeli barangan tidak berfaedah di aplikasi TikTok dan mudah teracun.

“Dia sebenarnya bukan tengok live sangat di TikTok. Dia suka shopping. Semua barang-barang merepek dia beli. Stokin, pemutih ketiak, semua lah yang mengarut. Dia cepat teracun,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur apabila Izara membocorkan rahsia Biduanita Negara itu malah ada yang mengatakan dalam masa yang sama Siti turut membantu peniaga-peniaga.


Scroll to Top