Oh! Tidak
Jabatan Peguam Negara arah inkues kematian Zara Qairina selepas terima laporan siasatan terbaru polis.
Keluarga dan seluruh rakyat Malaysia ketika ini mengharap perkembangan positif dalam siasatan kes Zara Qairina. Terkini, pihak berkuasa sahkan akan ada inkues untuk siasat punca sebenar kematiannya.
Dalam satu kenyataan rasmi, Jabatan Peguam Negara memaklumkan keputusan mengadakan inkues ini dibuat selepas menerima laporan siasatan terbaru yang dikemukakan oleh pihak polis.
Setelah Jabatan ini meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian Zara Qairina pada 12 Ogos 2025, Jabatan ini memutuskan agar inkues dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
Inkues kematian Zara Qairina dilihat perlu…
Menurut kenyataan itu lagi, langkah ini diambil bagi memastikan semua persoalan yang timbul dapat dirungkai melalui proses mahkamah terbuka dan supaya kebenaran dapat dicapai berdasarkan fakta serta bukti yang kukuh.
Walaupun belum ada tarikh rasmi inkues diumumkan, perkembangan ini dilihat sebagai satu langkah penting untuk mendapatkan gambaran sebenar kejadian yang menimpa Zara Qairina.
Kes ini mengundang pelbagai spekulasi di media sosial sebelum ini. Ramai yang menuntut penjelasan jelas berhubung apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian. Dengan arahan inkues ini, harapan orang ramai kini tertumpu kepada hasil siasatan yang akan dibentangkan nanti.
Pssttt! Bila ada kes kematian yang mencetuskan tanda tanya, inkues adalah cara untuk memastikan kebenaran terbongkar berdasarkan bukti dan bukan sekadar cakap-cakap. Ohmedia harap korang jangan cepat buat kesimpulan sendiri sebelum semua fakta dibentangkan di mahkamah.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!





