Jac dapat pujian dan sorakan gemuruh

Jac dapat pujian dan sorakan gemuruh

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Shah Alam: Penyanyi, Jaclyn Victor berjaya tampil mempersembahkan lagu berjudul All I Ask secara duet dengan penyanyi, Nadeera Zaini di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) minggu ini. 

Jaclyn, 49, yang sebelum ini dilaporkan berdepan jangkitan Laryngitis atau keradangan pita suara mendapat pujian daripada juri. 

“Jaga kesihatan. Saya risau sangat bila semua sakit. Mungkin (penganjur acara di luar) tak payah panggil Jac untuk persembahan minggu ini (di luar) supaya dia boleh fokus untuk persembahan di ASGV minggu depan. 

“Tolong jaga suara kamu. Persembahan hari ini bagus,” kata juri, Datuk Shafinaz Selamat.  

Secara keseluruhan, persembahan Jaclyn dan Nadeera mendapat pujian juri iaitu Shafinaz, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, serta mendapat tepukan gemuruh penonton. 

Terdahulu, jangkitan keradangan pita suara itu menyebabkan Jaclyn hilang suara

 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top