Jadi bahan sindiran, makin lain wajah aktres cun itu

Jadi bahan sindiran, makin lain wajah aktres cun itu

Ini bukan cerita yang sengaja direka-reka. Cik Bunga pernah terserempak dengan aktres ini dalam satu majlis hiburan. Mulanya, Cik Bunga ingatkan mata Cik Bunga yang tersalah tengok. 

Tetapi kalau sudah ramai yang bercakap perkara yang sama, ternyata mata Cik Bunga masih sihat wala fiatlah. Betul, memang nampak lain benar raut wajah pelakon wanita bertudung itu.

Sebelum ini pun memang semua orang tahu dia pernah jalani pembedahan plastik. Tetapi ingatkan sudah serik dan tidak buat lagi. Rupanya baru baru ini dia ‘bikin’ lagi wajahnya. 

Masalahnya, jadi sangat lain sehinggakan ia menjadi bahan sindiran dan sinikal orang yang menatap wajahnya. Memang tidak boleh elak mata daripada memandang sebab terlalu ketara perubahan wajahnya itu. 

Kalau makin cantik, tak apalah juga, ini sudah macam rupa ikan pari sumpahan anak derhaka yang pernah viral di era 3gp sebelum ini. Ini bukan ayat Cik Bunga yang luah. 

Tetapi itu ayat tetamu yang Cik Bunga terdengar semasa duduk di ruang dewan yang sama dengan aktres itu berada. 

Entahlah, apa lagi yang dia tidak puas hati dengan wajahnya itu. Sebelum ini, kalau tengok dalam drama yang dia berlakon di kaca TV pun, Cik Bunga tengok elok dan sudah cantik.

Sesuai dengan usianya orang kata. Bukannya teruk sangat pun. Tetapi kalau hati sudah tidak merasa puas, begitulah jadinya. Aduhai.

Scroll to Top