“Jadi Orang Zikir Beribu Tiap Hari Pakai Tasbih Digital Masuk Neraka Ke?” – Linda Hashim Sindir ‘Ustaz Beego’

“Jadi Orang Zikir Beribu Tiap Hari Pakai Tasbih Digital Masuk Neraka Ke?” – Linda Hashim Sindir ‘Ustaz Beego’

Oh! Artis

Linda Hashim sindir kenyataan suaminya, Beego, mengenai penggunaan tasbih digital.


Isteri kepada pelakon Beego, Linda Hashim, mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu hantaran sindiran terhadap kenyataan suaminya sendiri yang dianggap ‘pedas’ tentang amalan berzikir menggunakan tasbih digital.

Kenyataan Beego undang perhatian Linda

Linda Hashim

Dalam satu perkongsian Facebook, Beego menulis:

Jangan pernah judge manusia lain… Ticket ke syurga adalah disebabkan rahmat Allah SWT dan syafaat Rasulullah SAW… bukan sebab ada digital tasbih calculator… Relax boss… Kita tak tahu amalan hamba yang lain..

Apa yang lebih menarik perhatian, Linda Hashim menyertakan kapsyen berbentuk soalan sinis yang dipercayai ditujukan kepada Beego.

Linda Hashim soal ‘Ustaz’ Beego

Linda Hashim

Jadi orang yang berzikir beribu tiap hari pakai digital tasbih tu masuk neraka ke cane? Yang berselawat beribu tiap hari tu tak dapat syafaat juga ke cane ustaz Beego?

Reaksi Linda itu membuatkan ramai netizen tertanya-tanya tentang mesej sebenar yang cuba disampaikan Beego.

Terdahulu, Linda mengaku terpaksa ‘block’ nombor telefon suami demi menjaga kesihatan mental.

Katanya lagi, walaupun rumahtangga hampir berkecai, Beego langsung tiada usaha untuk memujuk atau pun berubah.

Dia hanya menerima serangan emosi daripada Beego seperti video-video berkaitan isteri derhaka.

Pssttt! Tasbih digital hanyalah alat, yang dinilai adalah hati dan keikhlasan. Jangan cepat menghakimi, kerana mungkin amalan yang kita anggap kecil itu yang menyelamatkan seseorang di akhirat nanti.

Kredit: Instagram Linda Hashim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top