Suami kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Ubaidillah MZ dilihat gigih mencari rezeki bagi menyara ahli keluarganya yang tercinta.
Menerusi perkongsian di Threads, Ubai yang juga seorang pempengaruh itu meluahkan rasa seronok apabila dapat mengisi masa lapangnya menjadi pemandu lalamove di sekitar kawasan tempat tinggalnya.
“Seronok juga layan Lalamove dalam Putrajaya ni. Jalan aman, hantar barang pun kat orang-orang gomen (pekerja kerajaan),” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, ada individu yang meluahkan rasa kagum terhadap Ubai yang terus merendah diri.




