Ahli parlimen Segambut, Hannah Yeoh memaklumkan telah menyempurnakan pemberian sumbangan Ramadan dan kurma ke sepuluh masjid dan 43 buah surau di kawasan parlimen Segambut.
Hannah Yeoh agih bantuan & kurma ke 10 masjid, 43 surau
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh beliau di media sosial, Hannah memaklumkan sebanyak RM136,000 telah disampaikan dengan agihan RM5,000 setiap masjid dan RM2,000 setiap surau.
Jelasnya, perkara tersebut sudah menjadi tradisi setiap tahun sejak menjadi wakil rakyat.
“Sebanyak RM136,000 telah disampaikan dengan agihan RM5,000 setiap masjid dan RM2,000 setiap surau.
“Ini sudah menjadi tradisi saya setiap tahun sebagai wakil rakyat.
“Terima kasih kepada Masjid Al-Firdaus atas kerjasama sebagai tuan rumah bagi menjayakan majlis ini,” ujarnya.

Hannah Yeoh sudah lakukan setiap tahun sejak jadi wakil rakyat
Dalam pada itu, beliau menyatakan sumbangan tersebut adalah salah satu bentuk usaha berterusan sebagai langkah menyokong peranan institusi komuniti.
“Sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan menyokong peranan institusi komuniti dalam memastikan kebajikan masyarakat setempat terus terpelihara,” katanya.

Hannah juga memberitahu bahawa beliau sangat menekankan kerjasama dengan komuniti agar tiada mana-mana pihak terpinggir.
“Sepanjang perkhidmatan sebagai wakil rakyat, saya memberikan penekanan kepada kerjasama dengan kepimpinan komuniti serta pengukuhan jaringan kebajikan setempat bagi memastikan tiada komuniti yang terpinggir.
“Saya rakamkan penghargaan kepada jawatankuasa masjid dan surau, sukarelawan serta pemimpin komuniti atas komitmen berterusan membantu masyarakat,” katanya.

Artikel lain: Hannah Yeoh beri jaminan perubahan besar sedang dilakukan dalam DBKL -“Step by step”
Susulan daripada itu, beliau yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merakamkan penghargaan kepada pihak masjid sekali gus berharap sumbangan tersebut memberi manfaat kepada masyarakat Muslim sepanjang Ramadan.
Sumber: Facebook Hannah Yeoh




