“Jadilah Anak Yang Kuat” – Isu DJ Radio, Netizen Sedih Tengok Anak Pak Azad Menangis | Oh! Media

“Jadilah Anak Yang Kuat” – Isu DJ Radio, Netizen Sedih Tengok Anak Pak Azad Menangis | Oh! Media

Isteri kepada DJ radio Azad Yasmin iaitu Eira Syazira menyentuh hati netizen dengan perkongsian penuh emosi di Instagram.

BACA: “Hidup Ini Adalah Kidung, Jiwa Yang Tenang Adalah Nadanya” – Eira Syazira

Dalam video yang dimuat naik, anak sulungnya Amarra Sofea Rose dilihat menangis sambil memeluk adik-adiknya.

“Jadilah anak yang kuat”

Eira berpesan kepada anaknya supaya kuat menempuh dugaan hidup. Sebagai ibu, dia percaya setiap ujian yang menimpa bertujuan untuk mendidik jiwa.

Sabarlah wahai anakku intan payung mom & dad, jadilah anak yg kuat, bukan kerana dunia ini mudah tapi kerana you lebih hebat dari setiap cabarannya. Percayalah sayangku, setiap ujian itu mendidik jiwa, dan setiap kesabaran pasti membawa kemenangan. Have faith. Insha Allah.

Kata-kata penuh kasih sayang itu membuat ramai netizen tersentuh, apatah lagi melihat kanak-kanak seperti Amarra turut terkesan dengan kontroversi menimpa bapanya.

Netizen tersentuh, rakan selebriti turut beri sokongan

pak azad

Bukan hanya peminat, malah beberapa rakan artis turut memberikan kata-kata semangat dalam ruangan komen. Antaranya, pelakon Shiera Ijoy yang memuji sikap positif keluarga ini.

Allah.. we love your daddy, dia suka gurau.. and he so humble..” – Shiera Ijoy

Terdahulu, tular di media sosial trio penyampai radio Era FM disiasat pihak berkuasa di atas dakwaan mempersendakan ritual agama.

Trio berkenaan sudah pun meminta maaf secara terbuka dan bersemuka dengan wakil di Batu Caves.

Namun, peguam mendakwa apa yang berlaku hanya salah faham kerana tarian yang dibuat Pak Azad meniru gaya ‘entrance’ peninju, Miki Ghazali.

BACA: Peguam Jelaskan Berlaku Salah Faham Isu Tiga Penyampai ERA FM


Scroll to Top