Youtuber masakan popular, Che Nom, mencuri perhatian ramai apabila meluahkan rasa kecewa dan sedih selepas niat murninya membantu ahli keluarga sendiri tidak dihargai.
Menerusi satu hantaran panjang di Facebook, Che Nom berkongsi kisah bagaimana dia sanggup mengambil anak saudaranya bekerja dalam bisnes kecil-kecilan miliknya semata-mata mahu memberi peluang untuk hidup berdikari di Lembah Klang.
“Besarkan dia dari kecil, tapi ditikam dari belakang”

Che Nom mengakui hubungan mereka sangat rapat sejak kecil dan dia sanggup mengajar pelbagai kemahiran termasuk penggunaan kamera dan suntingan video.
Malah, dia turut memberi gaji tetap bulanan untuk memudahkan urusan hidup anak saudaranya itu di bandar besar.
Besarkan dia dari kecil. Basuh berak, hantar pergi sekolah, masak setiap hari. Bila dah besar sikit, ambil kerja sekali sebab nak bagi peluang, nak bagi dia survive kat Klang Valley ni. Kita bagi fixed income bulanan supaya hidup dia senang sikit kat sini.
Selain itu, Che Nom turut menanggung kos visa, memberi cuti bergaji sebulan ketika umrah dan menyediakan duit poket buat anak saudaranya.
Namun, segala jasa itu seolah-olah tidak bermakna apabila individu tersebut bertindak membuat aduan kepada pihak berkuasa buruh mendakwa kebajikannya sebagai pekerja tidak dijaga.
Semua sebab nak bantu ikhlas hati. Tiba-tiba, dia boleh pergi report ke JTK dan KWSP guna bayaran tetap bulanan sebagai bukti. Lepas tu ni pula tiba-tiba dapat surat saman dari Jabatan Tenaga Kerja, bertambah-tambah kecewanya.
Netizen tumpang simpati
Kisah yang dikongsikan Che Nom itu mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar dia terus kuat menghadapi ujian tersebut.
Ada juga yang menasihati Che Nom supaya lebih berhati-hati dalam membantu keluarga selepas ini.
Pssttt! Kebaikan Che Nom sewajarnya dihargai, bukan dibalas dengan pengkhianatan. Semoga Che Nom terus kuat dan lebih berjaga-jaga dalam menaruh kepercayaan selepas ini.
Kredit: Facebook Che Nom
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.