Jaga suami sakit hingga sembuh, mentua hadiahkan cincin emas buat menantu

Dalam kehidupan berumah tangga, pelbagai ujian dan rintangan perlu dihadapi oleh pasangan suami isteri.

Selain itu, para menantu pasti akan menghadapi cabaran dari segi penerimaan keluarga baru terutamanya ibu dan bapa ‘mentua’ masing-masing.

Begitulah seperti kisah wanita ini yang mana hidupnya bertuah kerana diterima baik oleh keluarga suaminya. Malah, hubungannya bersama ibu mentua juga dikatakan sangat rapat, bagai ibu kandung sendiri.

Gembira dengan hubungan antara kedua-dua insan tersayang, si suami pun berkongsi video di TikTok yang memperlihatkan isterinya menerima kejutan daripada ibunya iaitu sebentuk cincin emas bersaiz gergasi!

@prince.syed.shahid

Terima kasih bnyk ibuku tercinta sbb beri cincin emas besar utk isteriku sbb isteriku Jagaku ketika sakit ,susah senang Masih bersama Dan bnyk support

♬ original sound – DS Prince Syed Shahid – DS Prince Syed Shahid

Difahamkan lagi, si ibu mentua terharu kerana wanita itu telah menjaga anaknya ketika sakit dengan baik dan sentiasa bersama di saat susah dan senang.

Jadi, hadiah cincin emas tersebut merupakan satu penghargaan buat wanita berkenaan.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai netizen dan rata-rata mereka memuji ibu mentua wanita itu yang disifatkan sebagai seorang yang baik hati.

Sumber: TikTok @prince.syed.shahid