Malik (Aaron Aziz) dah bersuara tu. Semakin ramai nampaknya pelakon senior memberikan teguran mereka tentang isu yang berlaku antara Imran Bard dan Ellie Suriaty.
Terkini, Aaron Aziz pula meluahkan rasa kecewanya kerana semakin ramai suka membincangkan hal peribadi diri sendiri mahupun orang lain.
Aaron Aziz tegur influencer dan selebriti…

Aaron juga melihat hal ini bukan hanya dilakukan dalam kalangan influencer tapi selebriti terkenal yang lebih matang dalam industri turut melakukan perkara sama.
Sekarang ramai sangat content creator, artis suka cakap pasal orang. Jaga tepi kain lu sendiri sudah lah.
Pelakon filem KL Gangster itu turut juga berpendapat bahawa golongan yang gemar mengkritik orang lain sering kali menganggap diri mereka paling kreatif dan bijak dalam menghasilkan kandungan.
BACA: Ellie Suriaty Tak Terima Permohonan Maaf Imran Bard, Mahu Jumpa Ibu Bapanya
Aaron turut bersetuju dengan pandangan seorang netizen yang menyatakan bahawa pempengaruh dan selebriti seharusnya menghasilkan kandungan lebih bermanfaat, seperti Khairul Aming yang terkenal dengan video memasaknya.
#ApaKataOhmedia
Harapnya apa yang berlaku ni dapatlah buka mata kita semua untuk hentikan apa sahaja konten yang melibatkan orang lain. Lagi-lagi bila ia membawa ke arah negatif.
