Pempengaruh, Kasih Iris Leona meluahkan rasa terharu selepas bapanya, pelakon Azhar Sulaiman memuji dirinya mempunyai bakat untuk menjadi pengacara sebuah program.
Menerusi platform X, Leona memuat naik tangkap layar memaparkan mesej yang diterima daripada bapanya yang telah memberi nasihat kepadanya untuk menjaga tingkah laku agar tidak menjadi penghalang mengorak langkah dalam industri.
“Asslamualaikum Nuna (panggilan Leona). Daddy dah tengok, awak memang seorang pengacara.
“Awak akan menjadi seorang yang lebih besar dan berjaya daripada daddy. Perlu berjaga-jaga dalam setiap langkap dan berhati-hati dalam penggunaan kata kerana itu membunuh,” katanya.
Sebelum ini, Leona terbang ke Jepun bagi menjalani penggambaran mengacarakan sebuah program bersama empat selebriti lain seperti pelakon terkenal, Nabila Huda.
Artikel Berkaitan: Pakai Kostum Leopard, Penampilan Leona Ke Parti Halloween Dikritik Lagi… Netizen Komen: “Too Aggresive Leona, Seksanya!”
Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Saya Nak Kahwin Tahun Hadapan” – Kasih Iris Leona