“Jahat Macam Mana, Ibu Derhaka Pada Anak Memang Tak Wujud, Tak Ada”

“Jahat Macam Mana, Ibu Derhaka Pada Anak Memang Tak Wujud, Tak Ada”

Penyanyi Sharifah Zarina berkata kenyataan spontannya ‘taknak ibu derhaka pada anak’ ketika ditanya juri Talk To My Manager (TTMM) tidak bermaksud apa-apa.

Memetik Harian Metro, Zarina berkata dia tidak sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut dan sememangnya tidak akan ada ibu ‘derhaka’ kepada anaknya.

BACA: Khayal Kesan Ubat Bius, Pergerakan Sharifah Zarina Seperti Sedang Bertawaf

“Apa yang boleh saya katakan, kenyataan itu macam kiasan sahaja sebenarnya. Kiasan daripada ‘anak derhaka kepada ibu’, tapi ibu derhaka kepada anak memang tidak wujud pun, tak ada.

“Walaupun ibu itu jahat macam mana (terhadap anak). Tetapi, saya nak ambil ‘short form’ sahaja, kiranya jalan pintaslah macam yang saya cakap itu, apa yang terlintas di otak saya.

“Tapi, Athalia yang tak nak (keluar hidup sendiri), dia nak duduk dengan saya juga. Segarang-garang saya ini, dia tetap nak terus duduk dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Zarina berkata dia memang tiada masalah untuk mengikut apa sahaja lagu yang anaknya, Athalia suka serta menyifatkan hubungan mereka rapat seperti kawan dan apa yang diperkatakan diatas pentas hanya kiasan.

“Bila soalan (daripada AC Mizal) itu tanya macam mana saya dengan anak, memang saya ikut sahajalah apa dia (Athalia) suka. Kita jadi macam kawan.

“Itu membuatkan saya tak nak berlakunya anak kadang-kadang rasa tak selesa dengan emak. Apapun yang saya cakap itu (ketika atas pentas) adalah jalan pintas sahaja,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top