nfazlina@nstp.com.my
Kota Bharu: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd Asri Mat Daud mengesahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol secara suka sama suka membabitkan remaja perempuan bawah umur.
“Bagaimanapun, saya tidak boleh mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan kerana kes yang dirujuk masih dalam penelitian perundangan (dalam siasatan),” katanya di sini, hari ini.
Terdahulu, polis Kelantan memaklumkan remaja perempuan bawah umur yang terbabit kes rogol suka sama suka akan diambil tindakan oleh JAHEAIK yang bermula Oktober lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusuff Mamat dilaporkan berkata, bagi wanita yang bukan kategori bawah umur, namun melakukan perbuatan amang seksual secara suka sama suka juga akan turut dirujuk kepada JAHEAIK.
Katanya, setakat ini lima kes rogol secara suka sama suka sudah dirujuk kepada JAHEAIK.
© New Straits Times Press (M) Bhd




