nurul.hidayah@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat kejadian penularan sebuah rakaman video aktiviti senaman aerobik berpakaian tidak sopan yang didakwa berlaku di Bukit Badong, Selangor, yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, siasaran termasuk lokasi sebenar kejadian, penganjur program dan individu yang terbabit dalam acara berkenaan.
“JAIS memandang serius perbuatan itu dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang kerana ia sangat tidak beradab.
“Malah, perbuatan itu mengandungi beberapa elemen yang boleh dikaitkan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam atau suatu perbuatan yang menyebabkan agama Islam dipandang hina,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, JAIS memohon kerjasama daripada orang awam untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi talian Hotline JAIS di talian 1800-88-2424.
© New Straits Times Press (M) Bhd




