Jalan Berpegangan Tangan, Netizen Doakan Fiza Halim Cepat Kahwin

Jalan Berpegangan Tangan, Netizen Doakan Fiza Halim Cepat Kahwin

Penyanyi dan pelakon, Fiza Halim menjadi perhatian apabila memuat naik video di TikTok menyambut ulang tahun bersama seorang lelaki dikenali sebagai Helmi.

Menerusi hantaran itu, Fiza bersama lelaki berkenaan dilihat berjalan dengan lelaki berkenaan serta berterima kasih kerana memberikan kenangan indah bersempena dengan hari jadinya.

BACA: Fiza Halim Pakai Tudung Tapi Nampak Rambut, Dada

“Terima kasih kerana menjadikan hari lahir saya paling bermakna dalam tahun ini. Kini (usia) saya bertambah setahun lagi. Terima kasih Helmi,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir buat pelakon itu.

Tidak kurang juga, ada yang berteka-teki mengenai hubungan Fiza dengan lelaki itu serta mendoakan agar hubungan mereka ke jinjang pelamin.

Fiza pernah tiga kali mendirikan rumah tangga. Pada 2010, Fiza berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin dan dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryana dan Feeya Adyrra.

Kemudian Fiza berkahwin kali kedua dengan peserta Akademi Fantasia, Adam dan perkahwinan ketiga dengan juruterbang, Aizat Al Jefri.


Scroll to Top