Jalan sambil berpelukan, ramai tumpang bahagia lihat kemesraan Shuk & Sera

Umum sedia maklum, pelakon dan pelawak Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Sera sedang menunaikan ibadah umrah bersama-sama di Kota Suci Mekah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Sera di laman TikToknya, dia berkongsi beberapa momen bersama suaminya itu ketika berada di sana.

@rossa.sera

Alhamdulillah, permulaan yang baik buat 2023. Dijemput sebagai tetamu Allah💜 #fyp

♬ เสียงต้นฉบับ – tpxd_8g – tpxd_8g

Apa yang menarik perhatian netizen adalah kemesraan yang terjalin oleh pasangan tersebut telah berjaya mencetuskan pelbagai reaksi warganet di media sosial.

Mana tidaknya, dalam video tersebut kelihatan Shuk sedang memeluk bahu isterinya telah membuatkan ramai tumpang bahagia akan hubungan mereka sudah bertambah baik berbanding sebelum ini.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat Shuk dan Sera agar hubungan mereka sebagai suami isteri akan kembali pulih seperti selalu dan bahagia bersama dengan anak-anak.

Sumber: TikTok @rossa.sera

Leave a Comment