Oh! Tidak
Individu Indonesia didedahkan dalang akaun palsu yang tuduh Malaysia curi budaya pacu jalur.
Sejak sukan tradisional pacu jalur makin mendapat perhatian dunia, isu budaya antara Malaysia dan Indonesia kembali jadi perdebatan hangat di media sosial.
Dalam banyak video berkaitan acara tersebut, muncul pula komen-komen berbaur hasutan yang mendakwa Malaysia cuba claim pacu jalur sebagai budaya kita.
Disebabkan itu, netizen Indonesia mula menyerang rakyat Malaysia dengan tuduhan cuba mencuri budaya dan mengejar populariti. Tapi, siapa sangka, rupa-rupanya semua ini hanyalah plot twist yang sangat mengejutkan!
Akaun palsu ‘mengaku’ dari Malaysia rupanya dalang sebenar jiran sebelah!
Menurut satu perkongsian di TikTok, ada individu yang berjaya membongkar identiti sebenar beberapa akaun palsu yang menyamar sebagai rakyat Malaysia.
Akaun-akaun ini aktif menyebarkan komen provokatif dengan niat mengadu domba antara dua negara jiran ini.
Hasil siasatan mendalam, termasuk penggunaan chatbot khas di Telegram seperti tiktokinfobot, mendapati bahawa individu-individu ini sebenarnya berasal dari Indonesia sendiri dan bukannya Malaysia seperti yang didakwa.
Netizen Indonesia terkejut & malu sendiri lepas kebenaran terbongkar…
Pendedahan ini kemudian dikongsikan semula di platform Threads dan mencetuskan pelbagai reaksi. Rakyat Indonesia yang sebelum ini percaya dengan ‘fitnah budaya’ ini akhirnya mengaku tertipu dengan sentimen palsu yang dimainkan akaun-akaun tidak bertanggungjawab.
Saya malu, ternyata kita sendiri yang mainkan isu ni. Gara-gara satu dua akaun, hubungan dua negara jadi tegang.- Antara komen netizen Indonesia.
Lebih mengejutkan, perbalahan yang berlaku selama ini sebenarnya hanyalah antara rakyat Indonesia sendiri yang menyamar jadi ‘orang Malaysia’ dan kemudian menyerang sesama sendiri.
Pssttt! Bila emosi lebih menguasai dari logik, memang senang kita termakan provokasi. Dalam dunia digital yang penuh akaun palsu dan agenda tersembunyi, korang kena lebih bijak menilai info yang diterima. Jangan mudah percaya dengan komen-komen di TikTok atau media sosial lain tanpa semak sumber dulu.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!





